Bengkel ini merupakan fasa pertama kepada bengkel-bengkel yang seterusnya bagi meningkatkan kecekapan dan keperibadian Pengawas PSS sebagai mangkin program NILAM.
Di antara input bengkel pada hari ini adalah pengenalan kepada fungsi PSS secara keseluruhan, tanggungjawab dan tugas seorang Pengawas PSS, pelaksanaan secara amali bagi tugas dokumentasi dan perekodan, tugas pembersihan, serta pemprosesan bahan.Guru-guru yang mengendalikan sesi pada kali ini adalah Cik Aishah, Puan Rohana dan Cik Nor Jauriah.
Bengkel ini akan disambung siri kedua pada bulan hadapan untuk pendedahan kepada Fail Tegak, program NILAM, dan penggunaan komputer. Perlantikan rasmi pengawas PSS akan diadakan selepas bengkel siri kedua kelak.