Pages

Facebook Badge

Saturday, November 20, 2010

Perpisahan

Jamuan Makan ringkas telah diadakan di Kantin SKPB bagi meraikan perpisahan Ustazah Zarina Zohri yang bakal bertukar ke Johor untuk kembali berkhidmat ke negeri kelahirannya. Sesungguhnya khidmat bakti yang dicurahkan oleh ustazah kepada SKPB tidak terbalas.

Friday, November 19, 2010

SAMBUTAN AIDILADHA

Sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, kakitangan SKPB dan keluarga mereka telah bersepakat untuk melaksanakan ibadah korban di Kampung Pulau Besar. 
Pelaksanaan ibadat korban ini telah mendapat kerjasama JKK Masjid dan penduduk Kg Pulau Besar serta PIBG SKPB sendiri. Dua ekor lembu ini ditumbangkan, dilapah, dan diuruskan di khemah yang disediakan oleh YDP PIBG, En Mahadzir di tepi sungai. 
Tanggungjawab pengagihan daging tersebut seterusnya diserahkan kepada JKK Masjid Kampung Pulau Besar untuk  golongan fakir dan miskin. 
Daging yang selebihnya dimasak di kantin sekolah secara bergotong-royong. Semua kakitangan, pengusaha kantin, turut sama berganding bahu membantu menyediakan makanan di waktu terluang untuk dijamu kepada seluruh warga sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan ibadat korban pada kali ini.
Chef nasi minyak kami.

Tuan Haji Zulkarnain bersama sebahagian daging korban lembu yang diagihkan.

Membantu memasak bersama di kantin

Isteri YDP PIBG turut membantu kakitangan SKPB dalam penyediaan makanan.

Makan time!

Sedapnya!

Monday, November 8, 2010

Membaca 35 minit

Sempena Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia yang diadakan di seluruh negara, warga SKPB menyahut seruan untuk turut sama-sama membaca serentak selama 35 minit pada 8 November 2010 bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 9.05 pagi. Aktiviti ini dijalankan di bilik kelas masing-masing sejurus selepas pengumuman dibuat melalui pembesar suara.

Friday, October 1, 2010

Program Tahun 6

Selepas tamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah, murid tahun enam disibukkan pula dengan pelbagai aktiviti khusus untuk mereka. Di antaranya adalah gotong-royong surau dan PSS, aktiviti permainan tradisional, perlawanan Futsal, ceramah motivasi untuk ke sekolah menengah, dan bermacam-macam lagi. Semuanya diadakan bagi mengisi waktu lapang dengan berfaedah, menyediakan diri untuk ke alam remaja, menumpahkan bakti kepada sekolah, dan mencipta kenangan akhir bagi 18 orang murid tahun 6 ini.
mengemas dan mencabut apa yang patut di ruangan PSS
memasang skirting pada meja pss

mari menyusun buku

bakal jurutera, kontraktor, dan arkitek membina bersama-sama.

salah satu hasilnya. cayalah!

puan munira menurunkan ilmu catur kepada murid

harus pantas berfikir

permainan tradisional tidak dilupakan
puan Hamidah turut membantu mengemas surau.

rajinnya membasuh kipas angin

Buang segala habuk di tingkap.

Ustaz Safwan memantau gotong-royong Surau As-Syakirin       

Wednesday, September 29, 2010

Riang Ria Raya 2010

Pn Rohana, Pn Mislah, dan Kak Non (Pengusaha Kantin) membantu memotong nasi impit.

Guru-guru menyusun atur kuih raya yang dibawa

Sate Lebaran!

Guru Besar SKPB bersama AJK PIBG

Pn Rohana dan Pn Azimah sedang mengagihkan sate.

Anak-anak riang berbaju raya berwarna-warni.

Makan time!

Ustaz Safwan membacakan doa sambil diperhatikan oleh Pengerusi Majlis; En.Shukri dan GPK Ko-ko; En.Mat Nordin.

Guru Besar menyampaikan ucapannya.

sekitar majlis berlangsung.

Meja VIP

Pn Shariah melayani murid.

selamat menjamu selera!

Kak Non, Pn Jamiah dan Pn Kamarul membantu di dapur.

Pada 28 September 2010, SKPB telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Riang Ria Raya. Majlis yang dimulakan pada pukul 2.30 petang ini diadakan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama seluruh warga sekolah. Ahli jawatankuasa PIBG turut dijemput bagi memeriahkan majlis ini. Pelbagai juadah disediakan, di antaranya adalah Sate Lebaran yang ditaja oleh PIBG, Mi Dendang Perantau (mi jawa), bubur pengat, dan juga kuih-muih yang dibawa sendiri oleh murid-murid dan guru. Selain ucapan pengerusi program, acara juga diserikan dengan lagu-lagu raya bagi memeriahkan majlis. Majlis tamat pada jam 4.30 petang.
Posted by Picasa

.