Selepas tamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah, murid tahun enam disibukkan pula dengan pelbagai aktiviti khusus untuk mereka. Di antaranya adalah gotong-royong surau dan PSS, aktiviti permainan tradisional, perlawanan Futsal, ceramah motivasi untuk ke sekolah menengah, dan bermacam-macam lagi. Semuanya diadakan bagi mengisi waktu lapang dengan berfaedah, menyediakan diri untuk ke alam remaja, menumpahkan bakti kepada sekolah, dan mencipta kenangan akhir bagi 18 orang murid tahun 6 ini.
 |
mengemas dan mencabut apa yang patut di ruangan PSS |
 |
memasang skirting pada meja pss |
 |
mari menyusun buku |
 |
bakal jurutera, kontraktor, dan arkitek membina bersama-sama. |
 |
salah satu hasilnya. cayalah! |
 |
puan munira menurunkan ilmu catur kepada murid |
 |
harus pantas berfikir |
 |
permainan tradisional tidak dilupakan |
 |
puan Hamidah turut membantu mengemas surau. |
 |
rajinnya membasuh kipas angin |
 |
Buang segala habuk di tingkap. |
 |
Ustaz Safwan memantau gotong-royong Surau As-Syakirin | | | | | | | |
|
|
No comments:
Post a Comment