LAWATAN MENAIKI KOMUTER SEREMBAN-KL CENTRAL
Semua murid dan guru tiba dari SKPB di Stesen Komuter Seremban dalam pukul 9.30 pagi. Selepas semua murid berkumpul, mereka diberi taklimat oleh guru-guru PPKI mengenai perjalanan dan keseleamatan semasa lawatan.Semua murid dan guru bersiap sedia untuk menaiki komuter di Paltform 2 dimana kami perlu menaiki jejambat utnuk melintas ke seberang. Tepat jam 10 pagi, komuter pun mula bergerak memulakan perjalanan.
Disebabkan murid yang tidak ramai, iaitu seramai 14 orang sahaja maka tiada pegawai stesen yang mengiringi kami. Murid-murid dan guru-guru perlu berebut tempat duduk dengan penumpang yang lain. Ini mungkin menimbulkan sedikit kurang keselesaan kepada pihak SKPB. Tetapi disebabkan pengalaman menaiki komuter dan melalui setiap stesen telah melalaikan sedikit murid ini daripada merungut. Masing-masing menghayati keindahan alamdan kawasan yang dilalui di sekeliling mereka.
Tepat jam 12.15 kami tiba di KL Central. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.Kami makan di medan selera di dalam KL Central. Selepas makan kami berjalan-jalan sebentar di KL Central.
27 APRIL 2010 (SELASA)
MENONTON WAYANG GAMBAR SEMPENA PENEROKAAN SAINS & TEKNOLOGI di TGV, JAYA JUSCO SBN 2
Kami berkumpul di sekolah dan bertolak pada pukul 9.00 pagi. Sebelum filem ditayangkan, wakil pihak penganjur isitu GB SK taman Tuanku Jaafar, Seremban merasmikan majlis. Sebanyak 11 buah sekolah di sekitar Seremban menyertai program ini termasuk sekolah kami dan telah diberikan sijil penghargaan.
Tayangan dimulakan pada jam 11 pagi. Cerita kartun 3D ini bertajuk "How To Trained Your Dragon" . Ia mengisahkan mengenai seorang pemuda yang hidup di kalangan penduduk yang bermusuhan dan bertekad ingin menghapuskan naga yang mengancam hidup mereka. Malangnya pemuda ini memilih utuk tidak membunuh malah berkawan dengan naga ini. bermacam halangan dihadapinya untuk mengubah persepsi penduduk di sana terhadap naga yang sebenarnya mempunyai sebab tersendiri untuk mengganas. Filem ini mempunya unsur moral yang baik.Filem ini tamat pada jam 12.30.
Selepas itu kami ke KFC untuk makan tengahari. setelah menjamu selera kami berjalan-jalan dan membawa murid bermain bowling.Kami pulang semula ke rembau pada pukul 3.00 petang. *Gambar-gambar akan dimuat turun kemudian

No comments:
Post a Comment