Pada 13 Januari 2011 (Khamis) telah diadakan 3 aktiviti secara hampir serentak di SK Pulau Besar sehingga waktu rehat, iaitu:
- Perjumpaan 3 Penjuru Tahun 6 (UPSR).
- Sukaneka & Penutup Program Transisi Tahun 1, dan
- Program Penjagaan Gigi oleh Klinik Kesihatan.
Perjumpaan 3 Penjuru ini adalah melibatkan semua murid tahun 6, ibubapa mereka, dan guru-guru tahun 6. Sokongan ibubapa adalah sangat penting bagi merealisasikan kejayaan 15 orang murid ini pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Syabas diucapkan kepada ibubapa yang telah datang!
Sukaneka bagi Tahun 1 pula adalah acara penutup bagi Program Transisi Tahun 1 yang telah diadakan selama 2minggu. Walaupun murid-murid tahun 1 pada tahun ini adalah seramai 10 orang sahaja, namun mereka adalah sangat penting kerana menjadi
pioneer kepada kurikulum yang baru, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Murid-murid tahun 1 hingga 5 dan PPKI seterusnya terlibat dengan aktiviti penjagaan gigi oleh kakitangan Klinik Kesihatan. Program ceramah ini adalah merupakan acara tahunan, selain pemeriksaan gigi murid-murid sepanjang minggu ini. Program ini adalah sangat penting sebagai pendedahan kepada murid-murid tentang amalan kebersihan dan penjagaan gigi.
 |
pendaftaran ibubapa |
 |
Ibubapad dan murid yang hadir berada di dalam kelas |
 |
Pn Hamidah selaku Penyelaras Tahun 6 |
 |
Barisan guru-guru tahun 6 |
|
|
|
|